Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

KOMANO Ke Mana?

Aduyai..seluruh kedai mamak dan kedai mamak bersebelahan sokong Jepun. memang kagum tengok persembahan Jepun tadi. sampai kena masa tambahan and penalti.

Tapi menjerit memasing bila Yuichi Komano crossbar! Aduyai..Ke mana ko sepak Komano oiii..

Ini entry pendek saje tanpa gambar. Sebab seronok tgk Paraguay tensen tak goal-Jepun mmg kuat defense dan laju.

Sunday, June 27, 2010

Penyokong England Balik Awal!!

As some of you know, me and cik abang sokong Germany. So tadi sama2 melepak kedai mamak tmpt dia niaga shisha. Nak tahu kisah penyokong England malam tadi?

Well, mamak Alfaa Maju mmg penuh gila. sampai tak cukup kerusi. Aduyai mamak oii. biar tak cukup meja, tapi kerusi kasi lebih laa.. Sampai ada mat2 motor, tgk Germany vs England tadi, atas motor je. ada yang bertenggek kat lantai pun. 

Rata-rata aku tgk supporter England Germany. Korang pun dah tau resultnya kan, 4-1. Woo-hoo! 

Sudahnya, lepas minit ke -70, segerombolan dari 1 meja telah bangun and blah. Guess who? Surely penyokong England. hehe. tak sanggup tunggu sampai abes, frust sangat kot.

(mamat ni kelihatan padaku cuba elak bola..hehe. takut muka cacat kot)

Tapi yang meriahnya, masa depa bangun, yang lain2 semua sorakkan depa. Sib baik bukan boo..Entahla, tapi rasa meriah sangat tadi. Senyum2 je masing2 tengok geng tu keluar. dah la duduk tengah2 dunia..

Kul 12am, balik la. xlarat nak tgu Mexico vs Argentina. Ni tgh tgk kat tv je haa. Argentina menang la tu..

Friday, June 18, 2010

Jerman Kalah, US & England Seri Lagi Sekali??

Update FIFA World Cup 2010 Highlights 3 games on 18 June


Yang ni pun lagi satu aku pelik..Aduhai... cepat la semi-final. Cam bosan je malam ni..Kalau aku berjudi, mahu bankrap aku.. (Judi itu haram!!)


ENGLAND VS ALGERIA: 0 - 0


Aduyai..betul2 buat aku rindu Oliver Kahn. Sedih la Lisa Surihani tahu pasukan kegemarannya kalah.



GERMANY VS SERBIA: 1 - 0


USA lawan dgn the smallest nation in World Cup. Tapi leh seri je..
Pemain macam a bit slow jee bila depan gol. Referee tu sumthing wrong ke?

USA VS SLOVENIA: 2 - 2

LISA SURIHANI dan BLabberina Ada Persamaan!!



Dulu aku pernah citer pasal Jumpa Lisa Surihani dengan Pelakon Adamaya. Dah baca?
Baru minggu lepas aku tahu ada 1 persamaan nyata antara ku dan pelakon cantik Lisa Surihani ni..


Yaaaa!! tahun ni aku dan cik Abang memilih Jerman (bukan pasal Lisa ek..) Aku dulu memang minat sangat dengan Oliver Kahn. Nampak garang depan gol. Last week kot, terbaca yang Lisa pun sokong Jerman kat online paper (tak ingat).

1998 aku sokong Perancis. 2002 no preferences, but assume Brazil menang.

Tahun ni, aku dan cik Lisa Surihani sokong Germany
Tapi aku target Argentina menang, boleh tak? =b

Jangan la Serbia bolos gol jap lagi..

Wednesday, June 16, 2010

Spain VS Switzerland: Aku Tergelak!!


Sepanyol 0-1 Switzerland


Hehe..I admit I'm not a die-hard football fan. Tapi, boleh kata tiap kali World Cup, aku layan jugak. Ni baru je balik mamak tempat cik abang aku niaga shisha..Aku boleh tergelak few times tgk Sepanyol lawan Switzerland tadi..




Masa gol, memang cantik la gol Gelson Fernandes tu..
Tapi lepas2 tuh, banyak gak part depan gol aku tergelak..


Paling kelakar, minit ke-74...Aduhai..berapa kali entah bola melantun2 manja depan goalkeeper.. ahaks..


After that pun, banyakkkkk sangat peluang depan pintu gol. tapi memang lepas2 tu, Switzerland kepung giler..Sekali lagi aku tergelak bila ada 1 part, mmg macam 1 bulatan baju putih kepung 2 baju merah.. Spain pulak ada banyak kali sepak ntah ke mana-mana masa saat2 akhir.

Sudahnya sorang kawan menang 2x makan free sbb 2 kawan dia kata mesti Sepanyol menang..


Kecian tengok pemain Spain berdarah..


Pssst: Referee botak baju kuning tu hensem la pulak ku rasa..ahakss

Tuesday, June 15, 2010

ENGLAND VS USA: OMG Cat version



Among the most discussed and laughed moment during FIFA World Cup 2010.
England vs USA result: 1-1.


Ramai yang meraung tengok aksi goalkeeper. I knew about OMG Cat bila terbaca Kosmo tghari tadi.