Showing posts with label curi. Show all posts
Showing posts with label curi. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

AWAS!! Pencuri Selipar Mengganas!

Yaaa..mari solex selipar buruk masing2. Sebab musim yang "menakutkan" sudah tibaaa..

Apelagi, musim KENDURI KAHWIN laaa.. aduyaiii,aku memang nyampah tul dengan Pencuri Selipar Amatur ni..peristiwa mencuri ni mesti berlaku setiap kali lepas solat Jumaat--tapi kaum Adam je la yang terkena..


Kaum Hawa pulak boleh "merasa" bila musim kenduri kawen pulak..huhu..So bersempena cuti sekolah cum musim orang wat kenduri, sila la jaga2 dgn selipar or sandal anda yeee..

Aku baru je pegi kenduri kawen bebaru ni. Dahla selipar aku tu best,sedap dipakai. RM10 je kot rasanya. Sayang punya pasal, aku ronda rumah tu--nasih aku baik, ade kat blakang umah..huhu..


Sorang lg,adik cik abang aku. Balik dengan kasut Crocs lain sebelah..uhuhu.kaler sama, saiz lain. aduhaiiii..

Slalu orang "terpaksa" jadik pencuri ni sbb selipar dia pun kena kebas. Tapi ade ke orang yg mmg niat dia nak cilok selipar/sandal masa kenduri tu ek?