Wednesday, August 22, 2012

Free Tickets: Katy Perry Part of Me

Want free tickets to watch Katy Perry Part of Me? Grab it here while stock last!


Print or Flash the above image to redeem a pair of "KATY PERRY: PART OF ME" complimentary movie pass at all Red Box, Green Box & Red Box Ria except Red Box Plus.

* Redemption start from 28/08/2012 onwards.
* First come first serve & while stocks last.
* You entitle to get 1 piece of complimentary movie pass (admits TWO person).  
* Valid for all cinemas within Malaysia which got showing this movie " Katy Perry:Part Of Me".
Rasa macam nak redeem je tiket percuma Katy Perry ni and tengok sekali lagi..
Read my movie review for KATY PERRY: PART OF ME 3D Movie

Thursday, August 16, 2012

~MyviKU berHari Raya dulu~



Baru la lega hati nak berhari raya. Baru setel tukar rim dan tayar lama MyviKU.Before this beli tayar Teck Ming Sunway , this year try Pusat Servis Tayar Weng Heng kat Bukit Kemuning.

Rim Ozi Racing ni dah 4 tahun pakai. Hadiah paling mahal pernah diterima, daripada my cik abang dulu. Sentimental sebenarnya. Tapi rim pun dah bengkok2 hasil jalan teruk tiap kali balik umah family @Klang. Tayar pun dah botak. Brake pad pun dah habis.  

Dok cari kedai tayar yang ok area Puchong/Kota Kemuning. Last-last terjumpa kat forum Lowyat masa cari kedai rim.Pusat Servis Tayar Weng Heng kat Bukit Kemuning. Dekat la dengan rumah family. Tengok review kat forum ok, so decided nak buat sini. cuma tunggu duit dan masa je. hehehe.

Deal mula-mula thru Whatsapp je. Dengan harga trade in, rim+tayar boleh dapat around RM1K ++.
Rim memang dah berkenan tengok kat thread Sports Rim. RM550.


Harga sports rim 8x100/114.3 Rm550.
Harga tayar Yokohama A Drive 195/55/15
: RM205 x 4.
Harga trade-in rim+tayar lama = RM270.

Campur brake pad (RM90), Taiwan cone ( RM80) dengan apetah RM40.

Total berbelanja : RM1334 (termasuk 2% caj sbb aku guna prepaid card BIG. Gatai nak kumpul point, haha.).

Rasanya price tayar  boleh nego lagi, tapi aku yang tak reti. Huhu.
Special price if mentioned from Lowyat katanya.. Servis from Ah Seng memang tip top. tak gopoh, terangkan satu-satu. His Malay is also good.

Wednesday, August 15, 2012

Ahmad dan Fizi Iklan Bernas di Hot FM

 
 Rasanya dah ramai tonton iklan hari raya Bernas, dan sedih serta terpikat dengan Ahmad dan Fizi dalam iklan tu. Sekelip mata nama mereka menjadi sebutan. Ramai yang ingin tahu lebih tentang Ahmad dan Fizi.

Alamak. Sori la, aku dah lama stop dengar Hot FM. Tapi hari ni,memang aku rugi. Rupanya Ahmad, Fizi dan ibu bapa Ahmad dijemput ke konti Hot FM dengan Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

What I read and know, Ahmad dan Fizi berkenalan semasa set penggambaran. Bukan real friend in real life sebelum iklan tu. Tapi sungguh serasi kan? Ingatkan diorang memang betul-betul berkawan lama dah.
 

all pics credit to http://www.hotfm.com.my/

Baca pada komen facebook Hot FM, khabarnya adik Fizi dah dapat sponsor untuk  pembedahan matanya, tapi kurang pasti pulak from who. Bernas sendiri ke?

Pada yang berminat, ni Facebook Ahmad: https://www.facebook.com/muhammad.matin.906


Memang jadik tumpuan depa kat Hot FM, siap banyak dapat duit raya kalau tengok pada gambar-gambar kat web Hot FM. Moga-moga diberkati Allah untuk kedua mereka, dan diringankan beban untuk keluarga mereka..
Insyaallah, lepas ni ada jemputan Ahmad dan Fizi ke rancangan TV pulak.

UPDATE: Video Ahmad dan Fizi di Hot FM:

Monday, August 13, 2012

Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya & Merdeka 2012

Sumber: http://www.plus.com.my/

Yang ku nanti dah muncul. Walau tak pernah follow pun jadual perjalanan PLUS selama ni. hehe.
Tapi kali ni jadual cadangan perjalanan PLUS untuk balik kampung pada Hari Raya 2012 dan juga Cuti Merdeka 2012. Jadi, rancang la perjalanan anda ye. especially yang jejauh.. Elakkan la berhenti lama-lama kat R&R tu.

Balik Simpang Pulai as usual. My car gerak Sabtu 3 pagi kot. Hohoho. Memang tak dapat la nak merasa diskaun tol highway PLUS. as usual jugak.

Harap tak jem. keta tak sempat servis lagi. Tayar and rim keta tak tukar lagi. Aduyai.. Cepat tul Ramadan kali ni..

Thursday, August 9, 2012

Suami Syaleza Jaafar Eksekutif TV9 Didakwa Bunuh

Sedih dan mengucap aku bila baca pasal suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, 28 Julai lepas. 

Si suami Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bukan calang-calang. Eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak tu.

Kesian kat anak mereka. Entah apa la yang hebat sangat bergaduh sampai boleh jerut isteri time nak berbuka. Innalillah dan Al-fatihah utk arwah Syaleza.

Iklan BERNAS | Hari RayaTV Commercial 2012 (The Journey)




Sedih tengok iklan hari raya Bernas ni. Macam biasa, semua orang tertunggu-tunggu iklan raya.


Kisah 2 kanak-kanak istimewa Fizi dan Ahmad yang bersahabat di rumah anak yatim. Pada malam raya, Fizi ajak Ahmad balik kampungnya di Segamat, Johor. Pergi ke stesen bas, sah-sah la tiket habis. Tiket keretapi tinggal satu. Sampai tumpang lori. Hanya untuk melawat kubur mak Ahmad.


Suka tengok Fizi positif je dengan senyum manis dia. Sopan tapi bijak berfikir.


But personally, aku agak kurang gemar if semua iklan hari raya, semua mesti yang syahdu je.
Kita tengok plak iklan raya 2012 yang lain pulak nanti.

Monday, August 6, 2012

Buka Puasa #ChurpOut di Songket Restaurant


Bestnya attend majlis Berbuka Puasa #ChurpOut pada 5 Ogos 2012. Bertempat di Restoran Songket yang tersorok di jalan Yap Kwan Seng. Camne aku dapat invitation? Sila baca Saya MenangInvitation Buka Puasa #ChurpOut

Untuk julung kalinya, aku iklankan kat FB untuk tanya sape sudi jadi my guest merangkap driver. Sebab saya amat fail nak drive masuk KL. Haha. Mekasih Incik Adree daripada geng Backpackers Malaysia sebab sudi jadi wonderful guest.

Majlis bermula 6pm. Adree pick me from Cheras LRT station, dan kami sampai dalam 6.30pm. Trus berposing depan Restoran Songket sebelum mendaftar. 

This is my personal favourite pictures taken my Incik Adree. Tak sia-sia bawak kawan yang ade kamera DSLR. Hoho!

Bila masuk, ada sesi ambil gambar pulak depan backdrop Buka Puasa #ChurpOut. Guna polaroid and DSLR. Sayang gambo polaroid tu gelap.

Kenalan baru yang duduk depan kami: Khir Khairi dan awek manisnya Hazirah. banyak gak kami semabg pasal travel dengap depa and budak-budak yang dok sebelah: Helmi and the gang.

Buffet Ramadan di SongketRestaurant







 Paling sedap teh tarik and ikan patin tempoyak. Ape yang kami jamah:

Next entry: Buka Puasa #ChurpOut with Famous Alphas. Siapa artis and blogger famous I met.