Showing posts with label iklan hari raya. Show all posts
Showing posts with label iklan hari raya. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Ahmad dan Fizi Iklan Bernas di Hot FM

 
 Rasanya dah ramai tonton iklan hari raya Bernas, dan sedih serta terpikat dengan Ahmad dan Fizi dalam iklan tu. Sekelip mata nama mereka menjadi sebutan. Ramai yang ingin tahu lebih tentang Ahmad dan Fizi.

Alamak. Sori la, aku dah lama stop dengar Hot FM. Tapi hari ni,memang aku rugi. Rupanya Ahmad, Fizi dan ibu bapa Ahmad dijemput ke konti Hot FM dengan Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

What I read and know, Ahmad dan Fizi berkenalan semasa set penggambaran. Bukan real friend in real life sebelum iklan tu. Tapi sungguh serasi kan? Ingatkan diorang memang betul-betul berkawan lama dah.
 

all pics credit to http://www.hotfm.com.my/

Baca pada komen facebook Hot FM, khabarnya adik Fizi dah dapat sponsor untuk  pembedahan matanya, tapi kurang pasti pulak from who. Bernas sendiri ke?

Pada yang berminat, ni Facebook Ahmad: https://www.facebook.com/muhammad.matin.906


Memang jadik tumpuan depa kat Hot FM, siap banyak dapat duit raya kalau tengok pada gambar-gambar kat web Hot FM. Moga-moga diberkati Allah untuk kedua mereka, dan diringankan beban untuk keluarga mereka..
Insyaallah, lepas ni ada jemputan Ahmad dan Fizi ke rancangan TV pulak.

UPDATE: Video Ahmad dan Fizi di Hot FM:

Thursday, August 9, 2012

Iklan BERNAS | Hari RayaTV Commercial 2012 (The Journey)




Sedih tengok iklan hari raya Bernas ni. Macam biasa, semua orang tertunggu-tunggu iklan raya.


Kisah 2 kanak-kanak istimewa Fizi dan Ahmad yang bersahabat di rumah anak yatim. Pada malam raya, Fizi ajak Ahmad balik kampungnya di Segamat, Johor. Pergi ke stesen bas, sah-sah la tiket habis. Tiket keretapi tinggal satu. Sampai tumpang lori. Hanya untuk melawat kubur mak Ahmad.


Suka tengok Fizi positif je dengan senyum manis dia. Sopan tapi bijak berfikir.


But personally, aku agak kurang gemar if semua iklan hari raya, semua mesti yang syahdu je.
Kita tengok plak iklan raya 2012 yang lain pulak nanti.